20110422

tips hilangkan parut jerawat =)

ok. semua orang nak hilangkan parut jerawatkan? kalau boleh kita taknak lah pakai duit banyak-banyak. ada orang sampai sanggup beli macam-macam produk untuk dapatkan kulit muka yang bersih. mahal pulak tu. tau tak pakai bahan chemical banyak-banyak ni ada kesan sampingan. tak semua orang sesuai dengan bahan chemical tertentu. nanti muka bukan bertambah elok, tapi makin teruk. apa kata try tips-tips ni, senang nak buat and tak perlu modal banyak-banyak pun. semoga berjaya ! =)


1. fresh lemon or limes
squeeze kan lemon or lime, letak juice direct dekat parut jerawat with cotton ball. biarkan beberapa lama, supaya parut jerawat tadi serap juice lemon or lime, then cuci dengan air bersih.
lemon juice ni membantu mengurangkan parut hitam.


2. tomato
hiris tomato dan letakkan pada wajah. tomato kaya dengan vitamin A dan akan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah. sebum ni lah yang merangsang jerawat untuk muncul. Vitaman A pada tomato juga ialah antioksidan yang membantu menyegarkan dan membina sel-sel baru bagi menggantikan sel lama yang rosak pada wajah.


3. olive oil/minyak zaitun
urut olive oil pada area wajah yang berparut. olive oil mempunyai kualiti pelembap yang membantu melembutkan tekstur kulit and mengurangkan parut.


4.honey/madu
madu boleh dimakan atau dijadikan mask. ia mempunyai kualiti pelembap sama seperti minyak zaitun.


5. yogurt and oatmeal
1 sudu yogurt, 1 sudu oatmeal, 1 sudu sour cream and beberapa drop lemon juice. gaul ramuan and sapukan pada parut jerawat. biarkan selama 10 minit, cuci menggunakan air bersih. gunakan brush yang bersih untuk hygiene.


6. ais
sapukan kiub ais pada kawasan berparut. ais membantu melembutkan tekstur kulit and menutup liang-liang roma yang terbuka. liang-liang roma yang terbuka akan tersumbat dengan kotoran. liang roma yang tersumbat ini menghalang wajah dari bernafas, sekaligus mengundang jerawat pada wajah.


7. cucumber/timun
hiris timun dan letak pada wajah.


8. putih telur
letak putih telur menggunakan kapas dan biarkan semalaman. putih telur akan mengelakkan jerawat dan juga meredakan parut jerawat.


9. soda
campurkan baking soda bersama 2 sudu teh air bersih. lumurkan dan urut pada kawasan berparut selama 1minit. cuci dengan air bersih.


10. water/air
minum banyak air sekurang-kurangnya 8 litre. air membantu menyegarkan kulit, membuang toksin dari badan, dan membantu membina sel-sel kulit baru. AIR PALING PENTING! badan memerlukan air bagi mengelakkan dehidrasi. kulit yang kusam dan tidak bermaya selalunya berasal dari badan yang kurang air.


=)


2 comments:

  1. kalau parut luka boleh ke letak ais??

    ReplyDelete
  2. hai guys. tips ais tu mmg betul2 berkesan. leeyaa dah cuba dah untuk luka picit jerawat. serius dalam 1hari tu setiap saat mmg letak ais je dekat luka jerawat tu..mmg hilang merah2. best!

    ReplyDelete