20110425

sebab blog orang tu banyak follower

okey. last entry kita cerita pasal bodycare. entry yang ini, aku nak cerita pasal blogging pulak. aku pun sedang confuse sekarang, theme apa aku nak bawak untuk blog aku. tapi siapa je peduli kan? asal best, korang baca jugak. lalala

aku nak tanya korang, kalau korang nak follow satu-satu blog tu lah kan, korang nengok apa? design blog tu? naah, walaupun macam tak perlu pun ada kaitan tapi aku rasa, memang selalu ada kaitan pun. walaweh, ayat aku. pandai-pandai lah korang faham. korang semua kan bijaksana belaka.


asal aku tiba-tiba interfere dalam ni?


selalunya kalau follower malaysia ni, ramai nya perempuan lah, sebab mostly perempuan je yang rajin blogging dan blogwalking. tak cakap pun lelaki tak rajin blogging. cuma beberapa ketul je lah yang rajin kot. adakah statement aku terlalu melampau? tak percaya, kira la blogger-blogger popular kat malaysia ni. alah, kalau lelaki yang blogging, selalu nya mesti pakcik-pakcik politik. kalau nak blogger yang suka bercerita tu, boleh kira dengan JARI. okey, aku mengaku salah. ini tiada kaitan dengan isu per-jantinaan. lelaki perempuan sama je. ramai je lelaki blogging. jangan emo boleh tak?! pftt


ada banyak sebab untuk sesuatu blog tu naik popular. ala, korang mesti tergolong dalam golongan yang memilih kriteria ni punya. korang je tak perasan, kan? kan? lepas ni korang akan perasan punya lah kan? kan? dingdong. *bunyi naik bosan


blogger-blogger popular selalunya ada kriteria-kriteria berikut :


1. cantik, cun, hensem, macho
ini memang selalu orang admire nombor satu. first impression orang kata. bukak-bukak je link blog dia, tengok, 'ala,ala tomey-tomey cute nya die' ini ayat kakak. 'cute siaa, pipi gebu, mulut comel' ni ayat abang. memang korang follow lah blog dia kan? kan? korang tak kisah pun apa benda yang dia tulis dalam tu. janji korang dapat stalk gambar dia hari-hari. padahal make-up je semua tu. kalau kamera pulak, reti main angle orang kata. kalau natural beauty, itu aku pun suka tengok. huehehe.


2. bijaksana pandai
dah lah cantik, belajar tinggi pulak tu. fuyo, dia belajar kat jepun. peh, bakal doktor seyh. ok, ini pun aku kagum jugak lah. boleh la jugak kot di jadikan idola. and kalau ada rezeki boleh la jugak buat kawan. kalau korang satu negeri dengan dia, lagi la korang kembang, kan? kan? ala, tokse nak nipu. AF punya juara pun menang sebab satu negeri dia, support dia. piraaahh. bias.


3. fun, kelakar
penulisan bersahaja, dan tak membosankan. sense of humour mannn. ada je lawak-lawak yang best. kadang-kadang tu tak perlu la nak lawak sangat kan. cukup buat orang tersenyum boleh buat reader nak baca lagi ayat seterusnya. benda sindir-menyindir pun selalunya orang suka. sebab dorang cakap pasal realiti. kalau kelentong pun orang tak perasan. korang pernah perasan ke korang kena tipu? ngahaha.


4. gaya penulisan
kalau asyik nak mencarut je, orang tekan button pangkah teruslah. tak sanggup kawe nak baca lebih-lebih. sebaris ayat kawe jumpo tutt, sebaris lagi ayat, aik? jumpo lagi? pi mati lah. tapi ada jugak orang mencarut dalam blog, follower dia ramai. maybe sebab dia pandai kelentong carutan tersebut sebagai unsur humor kot? shhh. lagi satu ialah penggunaan perkataan yang BOLEH DIBACA. bukan kita jadi ite, suka jadi sukeww, tidur jadi titoww. ewww, geli i. plus aku memerlukan masa untuk menterjemah ayat-ayat jenis sebegini.


5. cerita best
kalau korang blogging setakat nak cerita pasal 'hari ni kan ite pergi blablabla' eh, aku tak heran lah kau nak pergi mana. aku pun pergi mana-mana jugak hari ni, dah lah guna ayat terencat. kecuali lah kalau kau pergi tempat-tempat yang best and seronok untuk dikongsi, kau shopping barang baru yang cool ke, aku tak kisah kalau kau nak cerita pasal handbag baru. tapi kalau setakat pergi pasar hari-hari nak beli megi tomyam, lepas tu jumpa mamat cashier yang hensem gila nak mati, lepas tu rupa-rupanya mamat tu adik perampas bf kau, buang je lah entry kau tu. cerita pasar. aku serius jumpa entry ni masa blogwalking. ok, maybe ini pendapat aku je kot. sebab ada orang yang blogging sebab nak tukar-tukar cerita dengan friends and family. at the end, its up to you lah nak buat blog anda cammane.



wek. ingat ko bagus sangat?


6. fashionable
okey, ini kredit untuk orang yang ikut arus semasa. fashion memang best, and memerlukan uwang. iya, uwang. perempuan memang follow la blogger yang maju bab-bab ni. untuk perempuan la. untuk lelaki gadget la kot? tapi itu macam mat geek je? entah. whatsoever, aku pun tak berapa nak faham apa yang lelaki nak. tengok la blogger-blogger popular yang bawak imej unique = pelik. pelik sebab nampak cantik bila dia je pakai, tapi bila orang lain pakai, sumpah buruk. tanggal la legging tu weyh, macam balut nangka. pfttt.


7. murah tips
ini pun gerenti ramai follow, tapi tak la ramai sangat kot. depends. sebab semua tips sekarang dihujung jari. just google it and you found it. naah, so easy, dekat google macam-macam ada. betul. MACAM-MACAM ADA. tapi itu kalau tips kesihatan. kalau tips nak pakai shawl, tudung and whatsoever, ramai la peminatnya. bukan apa, jimat. tak payah dah beli majalah-majalah ni. semua orang dah tolong bacakan and tunjukkan. video lagi tu.


8. ramai member
kalau nak popular rating naik, kawan-kawan main peranan jugak lah kan. promote korang punya blog. silap-silap, jap lagiiii, member korang mintak gaji sebab jadi promoter korang. kahkah.




p/s : ala, apa la sangat popular tu kan. dunia je semua tu. dunia. hahah


2 comments:

  1. halo, anis . btw, i've got blog too. but, i'm newbies. heee. nanti blog wa dh cun mcm lu, wa follow lu ye . heee.

    ReplyDelete
  2. syuhada, im a newbies too lah syg. =) wa follow u dah.

    ReplyDelete