20120704

04 Julai 2012

assalamualaikum

hai? apa khabar? ok skip this.


dah masuk dua minggu hanis pulang ke rumah. sejak sabtu yang lepas punya lepas. ini adalah entry terbaru. hehe. malas punya nauzubillah nak post entry baru ni, sampai jejari menaip kosong. sebenarnya taktau nak tulis apa. ok dah dapat idea.


first, salam nisfu syaaban. malam ni malam 15 syaaban, which malam dimana buku amalan kita yang lalu di angkat naik kelangit dan diganti dengan yang baru. hanis rasa amalan-amalan yang lepas tak sempurna langsung. rasa sedih dan takut pulak. :( harus cuba yang terbaik untuk buku amalan yang baru ni.


jadi bermula hari ini, ada lagi 15 hari lagilah untuk menghampiri 1 ramadan. nak tahu something? Hanis ada 3 hari lagi nak puasa ganti. nampak tak cuainya tu? padan muka siapa tak suruh ganti awal-awal. sumpah ini first time hanis ganti last minute. selalunya lepas syawal hanis terus puasa ganti tambah sekali dengan puasa nam. kali ni lupa sebab masuk unimas awal september haritu. lepastu time teringat nak puasa je mesti tiba tiba time tu period. time tak period takde lah pulak teringat nak puasa. lalai lalai.


semalam hanis baru ganti puasa yang sehari. tahu tak, masa nak puasa tu lah, semua penyakit nak datang. memang dugaan betul. time tu lah tekak perit rasa nak batuk. sakit kepala lah, sakit perut. di sebabkan dah lama sangat tak puasa, perut jadi lapar sangat. sampai petang tu badan terus masuk angin. bukan setakat badan je, angin naik ke kepala jugak! ya allah sumpah rasa sakit. makanya tertidurlah awal malam tadi. hehe.  umi babah suruh pergi jumpa doktor, tapi hanis taknak. macam malas nak pergi jumpa doktor sebab badan masuk angin je. manja lah bebeno ya. alhamdulillah, malam ni dah ok sikit, walaupun perit tekak tu tak hilang sepenuhnya lagi.


sabtu yang lepas hanis pergi tolong kakti berniaga di baazar aroush, masjid bukit indah, ampang. hujung minggu ni pun ada jugak. di buat dekat masjid negeri shah alam. harapnya ramai lah pengunjung, banyak lah untung. penat jugak nak menunggu orang datang ni. kami penat bukan penat melayan, tapi penat menunggu. ada yang datang tengok tengok saja. ada yang datang sampai borong semua. haha. tapi bila terjual barang tu ada lah perasaan gembira. macam puas. walaupun tak semua barang hotstuff, dugaan berniaga kan?


salah satu pengalaman yang bermanfaat. insyaallah satu hari nanti, bila hanis berkesempatan bolehlah bukak perniagaan jugak. rezeki tu kan banyak asalnya dari perniagaan? hehe.


cuma takboleh lah jual barang yang dah mainstream. kena lebih terbuka dalam memilih bidang perniagaan. hanis sebenarnya terfikirkan perniagaan seperti delivery. contohnya, barangan rumah, dapur? kalau biasanya orang hantar ke rumah ni gas memasak kan? suatu hari nanti hanis nak buat barangan memasak or barangan dapur by delivery ke rumah. hehe. alamak, makin malaslah manusia sejagat ya. semuanya boleh klik klik depan komputer aje. tapi bagaimana pulak dengan orang yang sentiasa busy. terpaksa kan? jadi semuanya terpulang pada individu tu sendiri.


insyaallah kalau diberi peluang dan ada kesempatan, boleh lah dilunaskan.


itu aja update harini. sehingga bertemu lagi. :)
ps ; oh haritu dekat bazaar aroush hanis nampak puan dena bahrin dengan suami dia. comel betul dena tu ye. hee. semoga berbahagia sentiasa. ;)









1 comment:

  1. anyway, thank you so much my dear sis coz helping the other days for Aroush Bazaar.. I hope you enjoyed the moments and have earn so much experience from that. (apart from the duit raya..hahahaha).. Bile2 ade booth, nk join lagi tak? anytime u free, roger me, coz i definitely need ur help!

    AlKhattab Batik

    ReplyDelete