boleh aku tulis benda jiwang?
semua orang pernah merampas dan dirampas. aku tak terkecuali. sejak kecil pun kita dah biasa merampas. *rampas mainan adik*
tipu lah tak pernah merampas. kita mungkin tak sedar, yang itu berlaku. tup tup, orang menggelar kita 'perampas'. alangkah sedih bila tahu.
inilah susah bila ada orang ketiga atau jadi orang ketiga.
dunia ini jahat. manusia juga jahat.
ada manusia hidup untuk mempermain. bukan ikhlas untuk cinta, tapi kita terpedaya. lantas kita tertipu, kita pergi dari yang setia. bila ditinggalkan kita terbangun dari mimpi. akhirnya kita sedar kita lah mangsa. menangis air mata tiada guna. kekasih lama bertemu si setia.
kita hampa, jiwa luka. mengongoi sendiri lupa ilahi. bukan kah dijanji, sejak azali? yang baik akan datang itu pasti.
kalau tak mahu terluka, jangan melukai.
aku pon pernah rasa T.T
ReplyDelete