Siapa-siapa yang tengah baca boleh terbersin sekarang, sebelum terbersin kemudian. Untuk golongan lelaki, sila kembang di tempat mana-mana yang patut kerana bahan bacaan anda hari ini adalah pujian sepenuh ikhlas dari seorang perempuan. Untuk perempuan, jangan risau, kita pakai apa-apa pun selalu kelihatan seksi. (terlalu positif thinking)
Mulanya aku berhajat untuk post status ‘lelaki pakai kain pelikat seksi’ tapi aku batalkan hajat, sebab aku tak mau terlalu jujur dalam FB dan dengan pastinya aku tak mau lelaki dalam FB tiba-tiba bersorak gembira kerana di puji pasai kain pelikat. komplikated bukan? naah, yang penting korang semua dah nampak headline, boleh faham dah lah tu.
Aku agak ragu-ragu untuk buat pujian ni untuk lelaki, tapi memang jujur, bagi aku, lelaki dan kain pelikat = seksi. why? why? kenapa? ye, itu lah persoalan yang patut korang tanya kat aku. call la aku sekarang !!
Soalan 1 :
Mamak kat kedai selalu pakai kain pelikat. seksi?
err.. ofcourse! (beku)
Soalan 2 :
Asyraf Muslim and Remy Ishak pakai kain pelikat?
aah! dan hensem gilerr (cair)
kenapa kena kain pelikat yang seksi? alaa, korang sebenarnya tau kan part mana yang seksi kan? kan?
aku suka bila lelaki pakai kain pelikat, pasai apa? pasai bila dorang pakai, nampak natural and sempoi. bak kata ada sorang member aku ni, lelaki melayu tak boleh pakai baju comel-comel sangat. sebab apa, lelaki melayu ni gagah perkasa lagi kacak bergaya. hampeh perasan nak mampus. (kawan aku tu lelaki)

tapi betul jugak la tu. aku takut jugak kalau tengok lelaki dressing habis-habis ni. macam terlebih-lebih je. islam kan ajar kita bersederhana. ehem,ehem. hehe.
tapi ada ke lelaki dressing habis-habis?
err, ada la kot. aku jumpa je dekat TS. pakai seluar banyak poket, top dengan jaket, pakai lagi topi cowboy. fuhh
(ok, ni bukan entry kritik, cuma entry nak bagitau taste aku je, ala dorang tu balik rumah pakai jugak kain pelikat *giggle)
semua lelaki pakai kain pelikat lah.
ops, anda salah, ramai lelaki dalam hidup aku tak pakai kain pelikat. hoho
kononnya kalau pakai kain pelikat tak cool, dan juga ketinggalan. rasa tak cukup lah. tapi majoriti lelaki tak macam tu kan. ye, ye. aku tau. perempuan yang tak suka pakai kain batik. aku patut tukar tajuk entry ni. haish =.=
lagi smart bila jumpa budak lelaki pakai kain pelikat nak pergi masjid and surau, dengan kopiah. err, ni aku tak cakap seksi la, ni aku cakap, respect. with respect admire comes. tapi korang jangan la pulak pergi masjid sebab nak cover je ye. ehem. pergi biar ikhlas. seminggu korang pergi masjid berapa kali ha? sekali? dua? lebih dr lima? memang calon suami la. serius..

sebenarnya entry ni bukan nak cerita pasal seksi tu sangat, saja nak bagi kontroversi supaya korang terasa nak baca. HA99. aku cuma nak highlight yang kain pelikat and kain batik dah tak berapa nak popular di kalangan orang muda. macam kita-kita niewww. kalau pakai pun sekali- sekala je. kenapa ye? sebab apa, nak tau? sebabbbb :
1. kalau pakai kejap lagi ada la yang menyakat. fuyyoh, Pisang pakai kain pelikat (pastu gelak besar-besar)
2. takde moral support dari mak bapak. mak bapak pun pakai pyjama kalau tidur kan, kan.
3. taktau nak beli kain pelikat kat mane. mane? kesiannn
4. rimas. banyak soal. tak biasa.
5. tanggapan kuno. tak style.
6. kain pelikat untuk bapak orang melekat kat kepala korang
p/s : setakat ni aku belum jumpa lagi orang muda pergi kedai makan or kedai mamak pakai kain pelikat kecuali bapak aku. kalau aku jumpa, aku tegur korang, seriussssssss
ingin aku menambah disini
ReplyDeleteaku suka je pakai, tapi kalau nak kuar tepi sedikit seksa
sebab takde poket kan
hahaha
tu lah masalahnya bagi aku
kalo ko ada cadangan, gitaw lah
kalau style bapak aku, pakai baju melayu, ade poket. XD
ReplyDeletekalau kitorang pegi klua makan kat kedai, tu la style die, sbb bru lepas balik dr masjid >.<
bapak aku hensem pakai style tu. oh,oh, dan juga die pakai kopiah. haha
aku dompet n henpon berat, so x selesa sgt wat mcm tu
ReplyDeletehaha
eleh, org banyak duit la nak kate ni? wallet pun tebal, henset pun gedabak. hahahah
ReplyDelete(henset gedabak=henset taun 1990)
kalau part remy ishak pakai kain pelikat mmg tak leh deny..tapi kak ti pernah je jumpa mamat hensem pakai kain pelikat gi makan or gi mane2..huhu..pi la uia,sure jumpe..chewwahh.. ;P
ReplyDeletekakti, caya la budak uia. haha. mamat hensem tu pegi mane-mane pakai kain pelikat? memang tabik spring la. :D
ReplyDeletehoho.. betul2, kain pelikat n batik dh jrg diguna pakai. Lg2 utk remaja.. Susah nk jmpa.. sbb bdak2 skrg kn ganas2 belaka.. ntah apa yg jd nya nt.. Hehe..
ReplyDeletetp, skong jgak klu nmpk laki macho pkai kain pelikat, mesti lg nmpk memikat ati.. Cewah.. Hehe..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete